Novel 6:20 Tingkatan 3 (Siti Jasmina Ibrahim)
Sinopsis Novel( Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syaqir. Sukma, anak Tuan Haji Syaqir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul