Wednesday, 30 May 2012

Karangan peperiksaan pertengahan Tahun 2012


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin pasti kita sedar akan mesej yang cuba disampaikan tentang betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.Bait-bait awal dalam lagu tersebut  memberi isyarat yang jelas kepada kita sebagai manusia atau satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan bertindak sewarasnya dalam menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini. Selagi kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka kita sendiri akan menerima padahnya. Oleh itu usaha-usaha untuk memelihara alam sekitar perlu diberi perhatian dan melibatkan oleh semua pihak.

Sunday, 6 May 2012


Tajuk : Usaha-usaha untuk memelihara alam sekitar
Kempen tanam 26 juta pokok menjelang 2015, iaitu program menghijaukan negara kini melebihi sasaran tahunan, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup. Beliau berkata, semua pihak tanpa mengira peringkat umur, sektor swasta mahupun kerajaan perlu bekerjasama bagi memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga berlakunya bencana seperti banjir.Petikan berita ini menjelaskan bahawa pentingnya rakyat Malaysia melibatkan diri dalam usaha memelihara alam sekitar. Tedapat pelbagai usaha untuk memelihara alam sekitar.