TEMA
·
Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai
masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.
·
Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada
keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah
sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap
suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.
·
Masalah masa depan perubatan
tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan
luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah
apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun
kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
·
Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan
Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal
kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah
surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang
melarikan kubah surau tersebut.
·
Keprihatinan masyarakat terhadap
masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah.
Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh
institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang
bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan
bukannya cemuhan.
PERSOALAN
·
Persoalan tentang keganasan rumah
tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum
arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan
Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila
tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah
tidak tahan dengan perangai suaminya.
·
Persoalan tentang penggunaan ubat
tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu
penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional
yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga
menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar
kayu tanpa pengetahuannya.
·
Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu
prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq
dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan
keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah
untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap
suaminya yang buruk selama ini.
·
Persoalan tentang masalah sosial
penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan
pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk
kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual
tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui
penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga
berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang
dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti
kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.
No comments:
Post a Comment